Sigma Motorsports Pakistan import pelbagai model motosikal unik keluaran China

Di pasaran Pakistan, terdapat syarikat yang boleh mengimport model-model motosikal keluaran China, terutamanya yang bertaraf klon atau pun replika. Salah sebuah syarikat tersebut ialah Sigma Motorsports Pakistan, yang menawarkan model-model motosikal keluaran China yang bukan saja menarik tetapi tampil dengan rekaan unik.

Namun begitu menurut Sigma Motorsports Pakistan, jika terdapat model-model baharu yang bakal ditawarkan pada harga tinggi, mereka boleh mengimport model-model tersebut berdasarkan permintaan. Ini kerana untuk membawa masuk model-model tersebut secara terus, mungkin tidak berbaloi kerana dikhuatiri tiada pembeli.

Antara model-model motosikal terbaharu keluaran China yang ditawarkan oleh syarikat tersebut berdasarkan permintaan atau tempahan khas ialah seperti mana yang dipaparkan di dalam galeri di bawah. Bagaimanapun tiada maklumat lanjut mengenai kedua-dua model tersebut, termasuk tiada maklumat mengenai syarikat asalnya.

Berdasarkan pemerhatian di dalam laman sesawang dan laman Facebook Sigma Motorsports Pakistan, model-model motosikal keluaran China yang dijual oleh syarikat tersebut akan diberikan nama baharu khusus untuk pasaran negara berkenaan. Mungkin pasaran Malaysia juga perlu ada syarikat seperti di pasaran Pakistan ini.